Kalau suka blog saya, like lah

http://www.cute-smiley.com

Saturday, January 21, 2012

Popular


Assalamualaikum..

Woahhaa ! dah lama tak update blog. Blog ni pun bukannya reti nak update diri sendiri. Nak juga orang update kan. Ish Ish Ish! Geram lah. Dah 2 minggu dah start belajar. Banyak sangat nak cerita ni. Tapi nanti orang termuntah pulak baca entry panjang panjang ni kan. Tapi yang pastinya aku stress bila masuk sem dua ni. Jadual pack gila bila hari khamis ja lah. Eeii dari sekolah dulu hari khamis mesti subject tak best.Benci tau mak nab. Haha!
  Hari lain okay ja. Bila dah jadual pack dari pukul 8 sampai pukul 1 tak ada gap. Memang setengah ja yang lekat kat otak ni. Yang lain tak tau lah lekat kat mana. Maybe lekat dekat otak kawan sebelah aku kot.
Lagi lagi kalau subject OB. Zehh ! boleh main conteng2 lah dekat buku tu. Langsung tak faham sir tu ajar. Nasib sejam ja masa dia. Kalau tak, dah boleh tertidur dah semua budak2 kelas aku. Haha!
Okay tutup cerita kolej. Malas nak fikir. Boleh gugur rambut mak nab tau kalau fikir hal kolej. Haha!

Ehem! Ehem! Kita dah dapat voucher rm200 la. Bestnyeww ! Shukenyeww! Hahaha !
Voucher punya pasal lautan api pun sanggup aku redah. Ini kan pula lautan manusia dekat Petaling Street tu. Perkara biasa. Mengejar popular punya pasal. Sanggup semuanya. Asalkan dapat popular. Oh, bukan popular yang ala ala *hai nama saya farah* Oh, nonono. Bukan yang itu yea. Popular yang dimaksud adalah seperti yang berikut terikut ikutan dan sebagainya..

*
*
*
 Ehem, kita orang dapat voucher rm200.
Bangga tau.. Budak sekolah dapat 100 ja.
Padan muka.
Bwerkk!  Hahaha

Moh lewww kita cari barang apa yang patut. Jangan nak beli novel bagai tu sangat la kan. 




Hampir sejam kemudian, taraaaaa ! Tengok tengok. Dah dapat banyak barang dah. Sekarang masa untuk mengira! Harap harap cukup rm100. Style tak style sangat la kan bila kawan aku bawa calculator lagi dalam beg sebab nak kira barang2 ni cukup bajet or tak haha. So, bersila lah kami dekat lorong ala ala haji taib ni. Hahaha!




Selepas ditambah ditolak dibahagi didarab. Okay cukup! Nanti kalau dah termasuk formula addmath dalam ni dah memang gila dah nak kira. Boleh guling guling kat tengah2 lorong ni nak kira. Hasilnya amat menyedihkan. Arghh! Jangan sedih yea yang terpaksa ditinggalkan. Nanti kita pergi beli awak ok. Awak duduk diam2 ok kat situ. =.='

 Ini la barang yang terpaksa letak balik.
Gila mak aii. Kira punya kira rm122.90 macam tu.
Budget lari ooi.

Bersiap sedia lah nak bayar ye. Haha. Buat kemaih sekali kan, padahal guna voucher. Kalau guna duit sendiri sampai seratus. Memang takda lah der nak beli. Baik beli baju or something yang lain kan. Lagi best. haha Nafsu perempuan, biasa lah. Lelaki sila diam! Jangan nak comment itu dan ini.

 Ehem ! tengah test calculator baru.
Jangan jealous eh. Padahal calculator kat rumah kat perlis pun ada. Haha
Biasa la, semangat nak belajar business math ni kan.
Zeeh! Serai oouh. Hahaha



 Bajet good good ja ini perempuan kan.
Buat muka serius pulak kan.

Tak nak lebih pun, terlebih jugak 5 hinggit. 
 Tambah duit sendiri juga la jawabnya.
Arghh! Benci tau mak nab.
#hentak hentak kaki sikit#

Penat mempopularkan diri dekat popular. 7e pulak destination seterusnya. Beli barang dekat popular itu pun boleh sampai haus kan. Jangan main main. 



 Dahaga punya pasal, mana main kecik2.
Ambil yang besar punya la kan. hihik


Final destination, pudu pudu pudu. Lai lai. Tiket bus dah habis. Kesian mak dengan mak tiri sebab tak boleh balik penang dengan bus. Balik sendiri la jawabnya kan.


 Ini mak tiri. 
Sebab dia ni garang gila.Hahah
Tapi kita orang semua tetap sayang dia :)
Tudiaa tudiaa, dan lagi buat luahan perasan sat kan.
Hihi

Gambar ni comel. Sebab aku yang snap kan :p 
Tengok la mak tengah berleter dekat mak tiri.
Haha. Tak mau berleter yea kak zati.
Nanti tak boleh bertunang. Harrr! haha

P/s : Saya bangga dapat voucher. Saya bangga jadi rakyat malaysia.Saya suka cuti raya cina ni. Saya poyo sat kan. Haha !Kbye.

6 comments:

  1. soping sakan na dia kat popular ! jeles akak :D

    ReplyDelete
  2. hehe yelah, mesti la. Dah dapat voucher free kan. Tunggu apa lagi akak, Kita enjoy lah haha Akak dah shopping ke?

    ReplyDelete
  3. da.. tapi soping kat komasa jek.. tak mampu nak g popular.. haha.. tgal rm 1oo jek lagi voucher.. yang lebeh tu nak beli novel laa.. hehe

    ReplyDelete
  4. haha yeke? wow, banyak lagi voucher akak kan. Farah tinggal rm50 ja lagi haha. Takpa, beli novel pun macam best jugak kan haha

    ReplyDelete
  5. amboi mak nab!! tersentap mak tiri taw ==''

    ReplyDelete
  6. haha mak tiri sentap yea. jangan marah nah mak tiri hihik

    ReplyDelete