Kalau suka blog saya, like lah

http://www.cute-smiley.com

Sunday, January 01, 2012

Perihal tahun baru

 Apa senyum-senyum nak kena tumbuk ka?

Assalamualaikum, Selamat tahun baru baru baru. Baru or lama bukan persoalannya. Persoalannya adakah awak sudah berkahwin? Jom kahwin dengan saya wahai kamal adli. hahaha. Tudiaa, kau mampu buat macam tu? Mampu ka tak mampu ka, abaikan. Tak payah nak mengarut lebih lebih sangat lah kan.

Tahun baru ni mesti azam pun baru kan. Tapi nak korek tanah nak buat lubang nak tanam azam baru itu, dah terfikir ke yang azam lama sudah tercapai ka? Ha ! fikir fikir. Pikiaq cheq pikiaq. Lu fikir lah sendiri. Kalau azam aku, alhamdulillah, ada yang tercapai, ada yang tak tercapai. Sedih kan bunyi. Aku pun tak tau lah sedih tu bunyi macam mana. Adakah macam bunyi gitar? Oh, lalalala.


Walaupun tahun dua ribu sebelas memberi seribu satu makna kepada aku (Okay, seribu satu ja, tak lebih seribu dua) tapi aku masih bersyukur sebab aku masih diberi peluang dekat dunia ni untuk menyambut tahun baru. Hello 2012 !
Mak aii ! nak poyo ja ayat kan. Harap harap tahun dua ribu dua belas ni lebih baik dari tahun lepas. Dua ribu sebelas adalah sejarah. So, tutup buku. Buka buku baru pulak kan. Buka buku tiga lima pulak lah sebab nak dapat duit mara dah sem dua ni. Yeayy! Jangan jealous nyah. Hahahar

Azam tahun baru aku?
Jangan nak menyibuk.
Mana boleh kasi tau. Tak syiok ah. Rahsia lah. 


Tudiaa tudiaa, semua orang tengah kalut sarung kasut keluar dari rumah sebab nak celebrate new year dengan kawan kawan, boypren, girlpren. Perihal celebrate new year? Jangan ditanya. Aku hanya tengok pom pang pom pang dekat tingkap rumah saja. Tapi malangnya, pom pang pom pang tidak kelihatan. Ah, ini tidak adil tidak adil bagiku.


Ini gambar last untuk tahun dua ribu sebelas. Malas nak edit. Separa kabur dan separa jelas.

 Untung budak budak zaman sekarang.
Rubber macam macam jenis.
Time aku dulu rubber dua kupang ja yang warna putih tu.


 Dan lagi, tengok lah. 
Siap ada bentuk biskut.


 Dan untuk kedua kalinya, sila lah lihat wahai manusia.
Rubber ada bentuk selipar dan cermin serta sikat.


 Dan untuk ketiga kalinya.
Ada gambar spongebob. Comel kot. hihik.


Dan dan dan, pandang lah lihat lah colgate yang menawan. Aummm Aummm.

 Colgate ada gambar spongebob,barbie and spiderman.
Peringatan !!
Jangan beli ubat gigi spongebob tu.
Sebabnya nanti gigi ronggok macam spongebob
Hahar bak kata sabie.


Gambar last untuk tahun ni bersama my dear, sabie.
Bersama mu, walau kemana jua, bersama mu.


P/s : Oh dah masuk sembilan belas tahun ni, kena tukar lah blog ni kepada nineteen. Kelas kau jahhh. 

No comments:

Post a Comment