Kalau suka blog saya, like lah

http://www.cute-smiley.com

Sunday, September 04, 2011

Selamat Hari raya !

Assalamualaikum readers, ada ke orang nak baca? ada ke tak ada ke, aku tak kisah la. HAHA ! first sekali  saya nak cakap, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Eh eh, zahir ja, batin tak pernah ada kot kan hehe ! Disini dengan hati yang ikhlas saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah saya terguriskan hati awak semua, terover tulis blog, terover perasan cantik ke, tersengaja terkutuk ke, semua yang ter ter ter sewaktu dengannya tu lah kan, maafkan saya okay. Sedangkan nabi muhammad pon maafkan umatnya, tak kan awak2 semua tak nak maaf kan. cewaah ! ayat bikin bajet ja kan. HAHA ! cerita aku bermula daripada 26 ogos bila aku gerak balik perlis #ooo balik kampung, ooo balik kampung# *dalam hati aku excited sangat nak balik ni* Perghh! jalan jem nak habaq maiii, then time berbuka, aku berbuka atas bas ja, makan roti choc dengan mineral, kesian kan aku. #buat buat la kesian cepat wehhh# haha ! Pukul 11 aku dah sampai perlis. Pewwwiitt ! perlis permai lagi mempersona habaq maii. haha

*cerita hari raya pertama * 30 ogos 2011

Pukul 6 lebih mak aku kejut nak bangun pegi sembahyang, aku rasa letih gila nak bangun. Then aku cakap okay. Lepas tu aku sambung tido sampai la aku terjaga tengok2 semua dah pakai baju siap nak pi sembahyang. perghh! tak ada mood terus nak pi sembahyang raya. Lepas tu aku duduk rumah ja lah *aku sedih sebenarnya tau* dah la setahun sekali ja sembahyang raya. Mana tau tahun depan kalau umur aku tak panjang, dah tak berpeluang nak sembahyang raya kan :) Kita pon bukan tau bila ajal kita kan. Okay dah cerita pasal sedih2. Kita cerita pasal pi beraya. Layannnn habaq hampa. Dapat duit raya banyakk #suka# awww ! hihi ! hari raya pertama aku pakai merah. Jangan salah paham, aku pakai merah sebab aku tak pernah ada baju raya warna merah selama aku hidup ni .*ini dah cukup jelas kan* terima kasih #kalau sama dengan sapa2 tu maybe kebetulan # :)


with sarah zulkarnain

Petang raya aku dah tak tau nak beraya mana.
Then kawan aku call cakap nak datang rumah. #best#
Lepas tu kawan aku bawak kereta wish masuk jalan rumah aku.
Lepas tu nak simpang dari motor, tayar kereta 
kawan aku nak jatuh sawah padi.
Lepas tu ayah aku pi tolong hihi !
sorry, jalan rumah aku besar sikit.
harap jangan fobia dah mai rumah aku naa.
hihihi !
lepas tu kami pi beraya rumah sarah.

merah mak aii ! haha !

Ni aku tengah bersemangat makan bihun sup.
Sedappppp ! pedas ouhh

Ni sepupu aku, ayunie :)




*cerita hari raya kedua* 
Pagi2 raya kedua aku pi rumah sepupu2, then petang aku dengan kawan kawan aku pi beraya rumah ej bome. Mak dia buat nasi lauk ayam, kambing kot ada jugak kot tak silap aku. hee ! tapi aku makan ayam ja. Kambing aku tak makan. Bukan sebab geli, tapi sebab memang aku tak makan #alasan boleh terima kot nohh# hehehe lepas tu kami pi rumah sarah zulkarnain. Perghh! nak habaq maii aku dah dua kali berturut turut kot pi rumah dia. hihi ! 4 kali aku salam dengan mak dia #perlu ke nak cakap?# haha ! hari raya pertama makan kuih ja, hari raya kedua ada mee kuah. sedappp ! then pi rumah sabidatul. ouhh yeahh! makan nasi lagi. lauk ayammmmmm. sedapppp ! :))




 Tengok la tu kaki farahin dengan sara.
Tak reti duduk diam la tu.
baling batu mau? hihi

 Gambar ini menunjukkan akmal said sedang berkata
"lu langsi, lu mati"
HAHAHA!

 Budak2 dilarang sama sekali tengok gambar ni.
#tak senonoh ooii#
Tak pernah sangka nak pegi beraya dekat rumah
syakirah and syakir.
Dari sekolah rendah kami kawan.
Lepas dah masuk sekolah menengah
dah tak pernah beraya kat rumah dia.
6 tahun kemudian baru kami semua sampai rumah hampa weh.
Selamat hari raya student unimap and upm :)


*hari raya ketiga aku tak ingat aku pi mana* =.='

hari raya keempat open house rumah hariz.
oyeahh ! sedapp. Makan mee kari .
auntie salmah pandai masak. hihi !
lepas tu kami beraya rumah syed and cikgu rozita.
 Saya minta supaya anda semua jangan gelak tengok muka saya.
#terima kasih#

 Ni kawan kawan sejati saya.
i lap u.
#lap lantai pon boleh kot#
hihihi!

****************

Tudiiaaaaa, tudiaaaa, ni nak masuk dah bab bbq. hihi ! jumaat malam kami berbbq dekat rumah sabidatul. Ni semua plan kamal adnan la. Mentang2 la nak jadi chef dah kan. Bab2 makan memang dia kepala la. Apa orang kata, otai gitu kan. Otai ka? dah la kepala botak macam toyol. Eeee ! buuu !  Plan pukul 8.30 ada dekat rumah sabie. Okay, pukul 7.45 baru sampai rumah lepas hantar farahin balik rumah dia. Pukul 8.15 still duk berfacebook. Pukul 8.45 siap2. Pukul 9 lebih gerak pi rumah sabie. haha Style tak style. Sampai sampai semua dah ada kecuali sara dengan ej, nuzul and aqil. Perghh ! aku paling lewat. haha Apa orang kata watlekkk sudah kan. Sampai pukul 9.30 tak bakaq lagi. Lagi yang menarik hati dan sanubari, arang tak beli. Memang terbaik ahh. nak bakaq pakai apa. Jenuh duk kupas sabut buah nyokk la jawabnya haha. Tunggu la orang yang beli arang, ej bome dengan sara sampai. Pukul 11 lebih baru bakaq. 3 ekor ayam. Layannn babe ! sedappp. huhu ! pukul 12 lebih baru la boleh makan. Gila tak gila. Jadi supper terus. Berparty liar la kami kat situ haha Pukul 1 lebih baru balik, lepas tu hantar kawan aku balik rumah dia dulu. 


 Kipas aiman jangan tak kipas. haha !
Aiman, hang kipas, aku dengan aten posing okay.
cool ah Huhu

 Tengok ni orang power nak kipas.
Jeles letewww toyol kat belakang tu haha
#kamal#
Akmal said tak reti senyum ka? eee.

gambar ni cool, aku suka. 
Eeee, kamal ni suka buat muka pelik2.
tu lah toyol memang macam tu.
#kesian farahin takada sebab ambik gambar ni# hee.

Thanks kamal aka toyol sebab buat ayam ni.
Sedap ouh. terbaikk !

Ni lah jadinya sebab tak beli arang.
HAHAHA !
lawak gila.

*sampai rumah air gas strawberi tumpah atas seat kereta aku. Okay foine ! jenuh aku duk sentai seat kereta tu pagi2 buta tu. * haiyaa ! entry kali ni tak best and boring sebab time aku blogging banyak gangguan ouhh. So, tulis pon dalam keadaan gangguan. Sorry la kalau membosankan. Chaloo bete !

No comments:

Post a Comment